Friday, July 31, 2009

KHASIAT RAWATAN BEKAM

Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migrain dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migrain,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.
Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migrain,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik


FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, rawtaan bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam.Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.Kebaikan Berbekam Membantu menghilangkan pening dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Membantu meringankan tubuh.

Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas. Berbekam juga membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang serta banyak lagi.

DALIL TENTANG RAWATAN BEKAM

أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل“
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim dalam sesetengah tariq Hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.

Hadith-hadith lain dia (Anas) berkata:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku, wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari


LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,berpuasa,perempuan datang haid,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

MANFAAT BEKAM

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.

5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.

9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.

11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.

12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.

13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14) Bermanfaat mengatasi keracunan.

15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.


MANFAAT RAWATAN BEKAM ANGIN

1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.

2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.

3) Mengubati nephritis.

4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.

5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.

6) Untuk mengatasi masuk angin.

7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.



WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM

Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka akan menyembuhkan semua penyakit " Hadis Abu Hurairah

Namun apabila kerana suatu keperluan pengubatan yang mendesak dan dengan cara ini digunakan,bila saja waktunya dilakukan,maka ia tetap bermanfaat,meskipun diawal bulan mahupun akhir bulan.

Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak,yang boleh menyebabkan badan mati separuh,maka berbekam ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas.Wallahuaklam...

Waktu yang dilarang keras untuk rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit kusta dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala.Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.



Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan

SALAM BEKAM SELURUH ALAM

PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN MELALUI KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka